Pages

11.5.11

Cuaca Panas Ada Hikmahnya


Panas panas panas.. Ini yang sering disebut oleh orang di sekililing kita waktu ini. Memang terasa betul cuaca sekarangInilah yang dinamakan satu rahmat yang sangat berharga apabila hujan turun mencurah-curah di Malaysia ketika ini.  Satu kenikmatan yang tidak terkata atas rahmat yang diturunkanNya.
Kawasan di tempat saya sekarang mencatatkan suhu sekitar 32-34 darjah celcius. Panaskan? Inilah yang dinamakan global warming. Ya…Bumi sudah tua teruk. Siapa yang punya angkara? Kita sendiri bukan. Kurang kesedaran dalam pada masa yang sama pembangunan yang dijalankan tidak selari dengan pemeliharaan alam sekitar. Itu sebabnya sekarang ini, lepas satu-satu bencana alam yang berlaku di seluruh dunia. Dan yang terbaru, kejadian bencana Tsunami di Jepun.
Itu sebabnya, apabila diadakan program seperti Earth Hour, sama-samalah kita libatkan diri. Ya…kalau dilihat dengan tempoh masa hanya 1 jam, apalah sangat yang boleh dilakukan sepanjang program Earth Hour itu berlangsung. Tetapi, sekurang-kurang kita BERTINDAK daripada sekarang !!
Nasihat untuk saya sendiri dan juga kepada pembaca semua di saat cuaca hari ini:
  1. Minum air masak yang banyak. Elakkan diri daripada minuman berkafein atau beralkohol kerana boleh mengakinbatkan anda dehidrasi (kekurangan air yang melampau). Selain air mineral, teh herba atau pun jus boleh segarkan badan tubuh badan anda dalam keadaan cuaca panas di Malaysia hari ini.
  2. Rancangan kegiatan luar anda. Elakkan kegiatan luar yang berlebihan
  3. Kurangkan makanan yang berprotein tinggi kerana ia boleh meningkatkan suhu tubuh badan anda.
  4. Memakai pakaian yang berwarna cerah dan terang. Sekurang-kurangnya boleh mengurangkan kadar penyerapan cahaya matahari
  5. Ini pula melibatkan kanak-kanak. Jangan sesekali membiarkan anak-anak ditinggalkan secara bersendiran di dalam kenderaan walaupun untuk jangkamasa beberapa minit.

Cuti Semester

Salam semua.. Lama x update blog ni, masalahnya sebab dua perkara. Pertama sbb x ada cerita, Kedua sebab malas nak menaip. Memandangkan cuti semester telah bermula, apa lagi kan, KITA ENJOY, bak kata Nora Danish, haha.. Ok, sepanjang cuti panjang ni mcm2 aku dah plan nak buat, plan je dulu, buatnya x tau jadi ke tidak kan, hehe.. Pertama sekali perlu cari kerja part time, banyaknyala kerja kat KL ni sampai aku x tau nak pilih yang mana satu.


Pilihan pertamaku nak jadi office boy, sebabnya kan nak dekat bulan puasa nanti, kalau kerja office confirm balik sebelum jam 6 petang kan? Boleh la aku buat terawikh malamnya, nak jadi promoter pun boleh, tapi jangan haraplah dapat balik petang, lagi petang lagi la ramai orang yang datang kan. Kenapa x tutup je SOGO tu waktu malam, kan bagus, haha.. Hope boleh mula kerja secepatnya, tinggal nak pergi interview je ni, x sabar je rasa. Ok plan seterusnya akan diberitahu di lain slot ye.. haha..

Pape pun selamat bercuti kepada teman-teman yang sama bercuti. Pandai-pandai lah jaga diri korang ye, ingatlah mereka yang masih menyayangi anda, hehe.. 


Exam Week

Gila.. Memang gila exam week aku kali ni. Baru aku perasan susahnya ambik Degree ni kan, haha.. Dulu x pernah aku tension sebegini rupa, memang tension sangat aku sem ni. Da masuk sem 4, memang haru biru suasana belajar aku, rasanya kawan-kawan aku yang lain pun sama, assigment yang x pernah sangka akan diberi, akhirnya dapat juga, kena buat tesis sendiri dalam masa 2 bulan, gila ke apa? Tapi x pela, akhirnya aku telah siapkan dengan jayanya (tapi lecturer x cek lagi tu) haha.. 


Haraplah semuanya ok. Masa exam nasiblah aku ditemani rakan-rakan yang baik dan x lokek ilmu, terima kasih pada kalian semua, Mejump, Kak Nira, Zura, Che, Faisal dan Aim, korang memang terbaik. Rasanya kalau x study sama memang aku x boleh jawab paper final exam aku tu, tapi semuanya aku harungi dengan begitu bergaya, haha.. Harap sangatlah result kali ni aku dapat yang terbaik di kalangan yang terbaik. Aminnnnnnn..