Pages

11.5.11

Cuaca Panas Ada Hikmahnya


Panas panas panas.. Ini yang sering disebut oleh orang di sekililing kita waktu ini. Memang terasa betul cuaca sekarangInilah yang dinamakan satu rahmat yang sangat berharga apabila hujan turun mencurah-curah di Malaysia ketika ini.  Satu kenikmatan yang tidak terkata atas rahmat yang diturunkanNya.
Kawasan di tempat saya sekarang mencatatkan suhu sekitar 32-34 darjah celcius. Panaskan? Inilah yang dinamakan global warming. Ya…Bumi sudah tua teruk. Siapa yang punya angkara? Kita sendiri bukan. Kurang kesedaran dalam pada masa yang sama pembangunan yang dijalankan tidak selari dengan pemeliharaan alam sekitar. Itu sebabnya sekarang ini, lepas satu-satu bencana alam yang berlaku di seluruh dunia. Dan yang terbaru, kejadian bencana Tsunami di Jepun.
Itu sebabnya, apabila diadakan program seperti Earth Hour, sama-samalah kita libatkan diri. Ya…kalau dilihat dengan tempoh masa hanya 1 jam, apalah sangat yang boleh dilakukan sepanjang program Earth Hour itu berlangsung. Tetapi, sekurang-kurang kita BERTINDAK daripada sekarang !!
Nasihat untuk saya sendiri dan juga kepada pembaca semua di saat cuaca hari ini:
  1. Minum air masak yang banyak. Elakkan diri daripada minuman berkafein atau beralkohol kerana boleh mengakinbatkan anda dehidrasi (kekurangan air yang melampau). Selain air mineral, teh herba atau pun jus boleh segarkan badan tubuh badan anda dalam keadaan cuaca panas di Malaysia hari ini.
  2. Rancangan kegiatan luar anda. Elakkan kegiatan luar yang berlebihan
  3. Kurangkan makanan yang berprotein tinggi kerana ia boleh meningkatkan suhu tubuh badan anda.
  4. Memakai pakaian yang berwarna cerah dan terang. Sekurang-kurangnya boleh mengurangkan kadar penyerapan cahaya matahari
  5. Ini pula melibatkan kanak-kanak. Jangan sesekali membiarkan anak-anak ditinggalkan secara bersendiran di dalam kenderaan walaupun untuk jangkamasa beberapa minit.

0 komen:

Post a Comment