Pages

27.12.10

Penutup Tirai 2010


Wahh.. diam tak diam kita semua da nak melangkah ke tahun 2011 kan. HAPPY NEW YEAR!
Tinggal beberapa hari je lagi ni, sudah bersediakah anda? Boloskan saja dinding itu, hahaha.. Aku da mula mengarut..
Ok! Kembali ke tajuk asal, bila sebut je tentang tahun baru, sibuk la kita ni nak pasang azam kan?
Azam lepas-lepas da tertunai ke? hahaha.. Jangan risau k, boleh je nak bawa azam tu ke tahun yang baru ni kan, tak salah pun..
Tapi janganla pasang azam yang mengarut-mengarut ok. Kerja pun tak lagi da kemaruk nak pakai kereta kan? Kancil boleh la kot, hahaha..
My Azam untuk tahun 2011 ni, aku nak teruskan usaha aku sebagai seorang anak & pelajar..
Sebagai anak, aku nak jadi anak yang Soleh. Sebagai pelajar, aku nak dapat keputusan yang cemerlang dalam semua bidang, akademik terutamanya.
Aku mau jadi insan yang berjaya dunia & akhirat. Nak tambahkan amal ibadah, taknak da nakal-nakal lagi, da tua da kot, hahaha.. kalau kecik-kecik dulu mungkin boleh dimaafkan..
Tahun depan umurku 22tahun. Cantik nombor tu. Jadi aku taknak sia-siakan umur ku itu dengan perkara yang tak berfaedah.
Aku selalu berdoa semoga aku dijauhkan dari bala, kesusahan, maksiat & penyakit.. Aminnnn..
Tak lupa untuk si dia yang comel tu, aku janji nak jadi yang terbaik untuk dia mulai detik dan saat ni..
Tunggu dan lihat k.. =)

Budak Comel

 

Comel ke korang rasa dia ni? Kalau tanya aku, memang aku akan kata Y.E.S.. Bukan Year End Sell k! hahaha..
Dia paling bermakna dalam hidup aku sekarang, walau kenal tak lama, tapi dia sweet gila rasanya..
Da da da, jangan pandang gambar dia lama sangat, juling mata korang nanti, hahaha..
Aku suka pada perangai dia, suara dia, keterampilan dia, semuanya.. Nampak dia pandai dressup kan? Sama cam muka dia yang comel tu, hehehe..
Tak yah la aku cite panjang lebar tentang dia, korang bukan nak baca pun nanti kan, biar pendek tapi padat.. hahaha..
Emm.. dulu tu ada gak aku gaduh dengan dia, tapi tak dela sampai tumbuk tumbuk kan, hehehe.. Biasala, da namanya pun ehem ehem kan, batuk lak, hahaha..
Tapi semuanya punca dari aku.. "Aku masih belum matang!" =)
Pape pun, aku nak minta maaf kat dia tentang semua yang aku da wat kat dia lepas-lepas.. Kesian kat dia, selalu nangis sebab aku.. Yeke? hehehe..
Dia suka merajuk, tapi aku suka pujuk.. Dia susah dipujuk, tapi dia senang memaafkan.. Comel kan dia? Fullstop! hahaha..
Meh nak cerita sikit tentang dia, nama panjang dia Nur Shafiqah bt Mohd Kassim. Nama pendek dia Ieka, tapi dia kata Pykaa.. mana-mana jela kan, hehehe..
Dilahirkan pada 22 Julai 19XX.. Sibuk nak tau umur dia kan? Yang penting dia masih muda, hehehe..
Akaun "Muku Buku" rasanya dia tak ada kot, sebab banyak kali aku nak add dia, tapi tak pernah berjaya.
Kalau korang nak, pandai-pandai la cari sendiri ye.. hahaha..
Tempoh pengenalan kami kalau masuk hari ni da 4 bulan, 3 minggu dan 5hari.. Baru lagi kan?
Walaupun aku tau dia da lupa, tapi aku masih simpan lagi kenangan tu sampai detik ni.
Wahhh.. Next week da nak masuk tahun baru kan, dan cuti sekolah pun bakal berakhir.
Selamat Kembali Ke Sekolah nak ucap kat dia.. hahaha..
Jadi pasni kenala aku jadi "jam loceng" semula untuk dia, setelah sekian lama bercuti ni kan. Aku suka kerja ni, kejutkan dia untuk bangun pagi ke sekolah, hehehe..
Dan yang terakhir, nak pesan kat dia, belajar rajin-rajin ok! Dapatkan straight A's untuk exam anda tahun depan. Kalau tak dapat A semua pun takpe, janji atas 5 tau.. =)
Penutup dari kisah ni adalah, "Ieka.. awak paling comel dalam hati saya"..
Apa-apa yang salah tu, kita cuba betul kan semula k! Semua manusia pernah lakukan kesilapan, ryte?
Hope boleh kekal lama bersama dia sampai bebila.. Aminnnnn..

Ingatan: Tak boleh da off fon pasni.. ^^

Pilihan Hati

Susah betul berpacaran dengan awek yang kiut miut, cantik mantik ni kan?
Waktu berkapel macam-macam la dugaan.
Benda yang tak masuk akal pun pasti terjadi. Gaduh? Perkara biasa mungkin..
Laki bukan punya ramai yang nak kacau dia.
Bila da putus, mana ntah pergi semua laki-laki tu kan.. Pupus da ke? hahaha..
Geram pun ada, sabar Akmal sabar.. kawal emosi dulu, hehehe..
Bila nak marah, da namanya pun laman sosial kan. Faham-faham sendiri la kan.
Yang penting kena ada kepercayaan antara satu sama lain..
Kesefahaman yang jitu lagi kental perlu ada dalam diri.. hahaha.. (sumpah da tak nak guna ayat ni lagi)
Lagi-lagi la bila kapel jarak jauh ni kan.
Yang tak tahan memang kejap jela, eh eh eh.. tak sampai seminggu relationship da single? Kesian kan.. hahaha..
Pape pun kena cuba yang terbaik la pasni, kalau boleh da jumpa someone yang special tu, delete je trus akaun "Muka Buku" tu.. Kalau da putus nanti boleh buat yang baru kan.. hahaha..
Gila jahat ayat aku ni..
Bahaya bila da kapel ni punya laman sosial sendiri. Perasaan cemburu tu pasti wujud..
Pepatah "orang-orang yang kurang muda" ni, cemburu tandanya sayang.. Setuju tak? Hehehe..
Kesimpulan dari apa yang aku merepek kat atas ni adalah, semua manusia perlukan cinta sejati, jadi setia la pada sang pencinta ya!