Pages

13.12.10

Apa Khabar Nenek?

Jom gelak sikit.. Semoga korang semua terhibur ok.. =)

Kisah Tiga Nenek

Ada 3 orang nenek duduk bersembang dalam satu bilik.
Nenek 1: Aq kalau simpan barang kat satu tempat, mesti lepas tu da tak ingat mana aq letak. Isyhh.. nyanyuk betul aq ni.
Nenek 2: Itu ok lagi, ko tengok.. aq ni lagi la teruk. Kalau aq naik tangga lepas tu letih, aq berhenti duduk jap. Lepas tu aq tak ingat yang aq naik tangga ke turun tangga. Memang haru.
Nenek 3: Apalah korang ni, muda lagi daripada aq da nyanyuk. Tengok macam aq ni steady lagi. Dia tergelak-gelak sambil menepuk meja berkali-kali.
Dan nenek ketiga pun tiba-tiba senyap lalu berkata, "Isyhh,senyaplah! Siapa pulak yang ketuk meja tu...???"
Nenek 1 dan 2 pun menggeleng kepala...!!!


Alahai Nenek
Nenek Seman dirawat di sebuah hospital. Menurut doktor, penyakit asmanya sudah kritikal hinggakan terpaksa dipasangkan oksigen.
Dah 2 hari  dia tak sedarkan diri. Satu hari sewaktu nazak, Seman memanggil seorang ustaz untuk bacakan Yassin dan doa.
Sedang ustaz asyik membaca doa tiba-tiba nenek Seman termengah-mengah macam sukar bernafas.
Dengan menggunakan bahasa isyarat nenek Seman minta diambilkan kertas dan pen. Dengan sisa-sisa nyawa yang ada, nenek Seman menulis sesuatu lalu diserahkan pada ustaz yang duduk di sebelahnya.
Ustaz menyambung doanya dan surat tu terus dimasukkan dalam poketnya. kerana fikirnya apa yang ditulis oleh nenek Seman tu hanya satu wasiat yang harus dibaca kelak.
Tidak lama lepas tu nenek Seman pun menunggal dunia. Pada hari berikutnya ustaz datang ke rumah Seman lalu menceritakan pasal surat yang ditulis arwah neneknya.
Setelah seluruh keluarga datang berkumpul, dengan bangga dan konfiden ustaz tadi mengeluarkan surat tersebut lalu membacanya.
"Saudara saudari sekalian ni ada satu surat wasiat yang ditulis oleh arwah sebelum dia menghembuskan nafasnya yang terakhir semalam".
Jadi, marilah kita sama-sama baca surat ni.
Dengan muka bangga, ustaz tadi pun baca surat tu dengan kuat dan lantang.
"Seman, jangan berdiri kat situ! Ko dah pijak saluran oksigen aq!"

0 komen:

Post a Comment