Pages

9.12.10

Hanya Satu

Pada suatu hari di sekolah, seorang murid bertanya pada guru, ketika itu guru tersebut sedang mengajar mengenai kasih sayang..
Pelajar itu menanya, cikgu, bagaimana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayang?
Macam mana gak kasih sayang itu nak berkekalan?
Cikgu tu menjawab, kamu ikut apa yang saya suruh.
Kamu pergi ke padang, kamu berjalan di atas rumput sambil memandang rumput di depan kamu.
Pilih yang PALING CANTIK tanpa menoleh ke belakang walau sekali. 
Dan petik rumput yang PALING CANTIK, bawa ke kelas.
Apabila pelajar tersebut pulang ke kelas, tiada sehelai rumput pun di tangannya.
Cikgu bertanya, kenapa tiada rumput yang di pilih?
Pelajar lantas menjawab, tadi masa saya berjalan, saya carilah rumput yang paling cantik. 
Memang ada banyak yang cantik, tapi cikgu kata petik yang PALING CANTIK, maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. 
Tapi sampai di penghujung padang, saya tak jumpa pun yang paling cantik. 
Mungkin ada di antara yang di belakang saya tadi rumput yang paling cantik tapi da cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.
Cikgu pun menjawab, ya! Itulah jawapannya. 
Maknanya apabila kita telah jumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita mncari lagi yang lebih baik dari itu. 
Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaiknya. 
Jangan kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap berlaku. 
Semoga yang berlaku tidak berulang lagi. 
Dan ingatlah orang yang paling kita sayang itulah yang paling cantik dan paling baik. 
Walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi.. =)

0 komen:

Post a Comment