Pages

13.12.10

Kisah Haiwan

Asyik serius je kan? Nak wat korang tergelak jap, hehehe..


Dialog Ayam & Lembu

Ayam: Manusia ni memang pentingkan diri sendiri!
Lembu: Kenapa ko cakap cam tu?
Ayam: Tengoklah, apa dorang buat kat aq!
Lembu: Hah? Buat apa pulak?
Ayam: Aq ni bertelur hari-hari. Aq cadang nak dapat anak 2,3 ekor. Ada gak waris bila aq takde nanti.
Tapi manusia ni memang tak berhati perut. Hari-hari dorang makan telur aq, macam mana nak dapat anak?
Lembu: Alahhh.. Ko punya masalah kecik je.
Ayam: Maksud ko?
Lembu: Cuba ko fikir nasib malang aq ni. Rasa nak bunuh diri pun ada. Bayangkan, hari-hari manusia minum susu aq tapi sorang pun tak pernah panggil aq MAK! Aq sedih.. huhuhu..
Ayam: Chett! Tak boleh pakai punya lembu.

 
Dialog Ayam & Kambing

Satu hari ayam beria-ia menghias dirinya dengan menyangkut manik pelbagai warna di setiap helaian bulunya.
Tajinya gak diasah sampai berkilau. Kemudian dia berjalan menuju ke kandang kambing.
Sampai je kat sana, ayam pun menyapa sahabat baiknya...

Ayam: Apa khabar Pak Janggut?
Kambing: Baik! Wah ayam, kau nak gi mana lawa-lawa ni? Nak masuk pertandingan ratu ayam ke?
Ayam: Hensem tak aq? Aq saja nak tengok reaksi ko jela.
Kambing: Aq cakap sikit ko jangan marah tau. Ko berhias camne pun, ko tetap gak jalan "kaki ayam"!
Ayam: Owh.. ko kutuk aq ye? Ko tu lagi teruk tau?
Kambing: Larh asal pulak?
Ayam: Yela, ko tu nampak je cam beriman, bela janggut panjang-panjang, tapi jalan nampak "telur".
Kambing: $#!@&

0 komen:

Post a Comment