Pages

9.12.10

Kecelakaan

Kejadian ni terjadi masa aq sem1 di Universiti.
Awwww.. sakitnya.. hehehe.. Camni citenya..
Masa mula2 study sana memang x pandang langsung kedai kereta sewa..
Memang sanggup naik Van Kuning kalau nak ke bandar..
Naik ramai2, sekali tambang pergi balik RM6, ok la tu kan? hehehe..
Tapi bila da kenal, boleh kata setiap hari nk sewa kereta..
Lokasi????
Mana lagi kan nak pergi? Pusing2 bandar Terengganu jela..
Dalam masa beberapa bulan je kat sana aq dah boleh hafal jalan (riak betul,hahaha..)
Dan teman yang paling selalu aq ajak keluar adalah Imran..
Kalau dia x ajak aq, aq yg ajak dia..
Aq yg masa tu pun da punya lesen penuh, memang x kisah sangatla kalau nak memandu ni, x takut macam mula2 dapat lesen dulu, hahaha..
Memang gila, duit jalan macam air je masa tu, langsung x fikir untuk masa depan, huhuhu..
Yela mana taknya sekali sewa, sejam RM6, tu klu sewa kancil, untuk minyak lagi sekali jln RM2 je.. hahaha..
Ada bran nak naik dengan aq? Isi minyak kereta macam isi minyak motor je kn.. hahaha..
Pandai2 la bajet, hehehe.. Selalunya memang lepas pun dgn minyak tu.
Aq boleh ronda 1 bandar Terengganu dalam masa 2 @ 3jam..
Di pendekkan cerita, 1 hari ni aq g bandar bersama teman2..
Kali ni keluar beramai, biasala save duit sikit kalau naik ramai2 ni kn..
Lagi2 da hujung sem, memang duit masing2 tnggal ringgit2 je dlm ATM.. hahaha..
Plan baik punya, pergi berlima (mcm pahlawan Melaka kn? hahaha)
Waktu tu kami putuskan untuk sewa kereta Kelisa, besar sikit dari Kancil kan?
Waktu tu saja je nak beli barang makanan kat Mydin Mall Kuala Terengganu sebelum balik cuti..
Memang situ jela tempat paling top kat sana. X g Mydin, msti pergi Giant.. hahaha..
X banyak tempat shopping kat sana, kesian kn, huhuhu..
Ok! pendekkan lagi cerita, masa nak balik ke kolej kediaman tu hujan rintik2..
Aq ni da la jenis pandu kereta laju, x boleh slow2, x feel.. hahaha..
Memang pandu cukup selamat waktu tu, dengan sangat berhemah (tipu je ni,hehehe..)
Sampai je trafiic light, mmg nk break masa tu, sebab lampu merah masa tu..
Macam mana ye nk cerita, huhuhu.. Aq memang da tengok jauh da kereta depan semua berhenti..
Aq pun tekan la pedal break macam biasa. Tapi waktu tu aq rasa pelik sikit, nape break aq x makan..
Jeng jeng jeng.. Kebabommmmmmm..........
Tau kan apa jadi? Aq putuskan untuk langgar kereta Kancil depan aq..
Bagus gak, kereta Kelisa bertembung Kancil.. 1 Malaysia.. hahaha..
Memang dah x boleh wat apa masa tu, break pun x makan. Masa tu aq tgk side mirror kiri, belakang aq tu, lori trellar..
Kalau aq ke kiri aq langgar lori, kalau aq ke kanan aq langgar divider (tinggi sangat divider tu)
dan kalau aq terus aq langgar kereta depan..
Keputusan terakhir aq langgar je kereta depan..
Waktu tu macam2 berlegar dalam fikiran.
Bayangkan selama 3tahun aq memandu x pernah lagi eksiden, tapi hari tu aq dapat rasakan apa itu kemalangan..
Kesian kat kawan-kawan aq tu semua, huhuhu..
Aq minta maaf, bukan aq cuai tapi keadaan kereta dan permukaan jalan yang licin membuatkan kereta tu meluncur laju bagai kereta Flinstone..
Agagagagaga..
Nasib baik tiada kemalangan jiwa masa tu, aq bersyukur sangat-sangat..
Cuba bayangkan kalau aq langgar belakang lori trellar belah kiri aq tadi, atau aq langgar divider belah kanan aq tadi..
Rasanya aq x menulis bingkisan ni waktu ni kan, hehehe..
Tapi umur kami masih panjang, syukur sangat-sangat..
Biarlah duit keluar, janji tiada nyawa yang melayang..
 
Nak  dengar lagi x? Ceritanya x habis lagi, hahaha..
Lepas-lepas je langgar kereta depan tu, tuannya keluar, mereka pun berlima gak..
Tau la orang sana mulut memang bisa, tapi sabar jela, salah aq gak..
Nate Mu.. ungkapan pertama yang aq dengar dari mulut mereka..
Aq tolak kereta ke bahu jalan, ingat boleh selesai kejap, alih-alih dah masuk maghrib..
Punya ramai orang berhenti tengok, malu gak aq rasa.. huhuhu..
Ada yg tolong, ada yg sebaliknya.. Tapi nak ucap terima kasih pada mereka yang sudi beri bantuan masa tu..
Tu bukan tempat aq, kalau KL lain la cerita, banyak contact, huhuhu..
Hancur kereta aq tu. Memang dah x boleh gerak lagi..
After a few hour, polis datang ambik keterangan..
Perghhhh.. da macam aq lakukan jenayah berat je rasanya, hahaha..
Sebelum tu aq call tempat aq sewa kereta tadi, suruh abang tu datang ambik kitorang..
X kan nk jalan kaki, jauh tu.. huhuhu.. Tapi masa tu tinggal aq dgn Imran je g Balai Polis Trafik wat report..
tapi kalau x buat pun x pe, mnyesal lak aq wat rasa..
Dala kena bayar RM600 kat budak UnisZA yang aq langgar tu, baki lagi RM1300 pada kereta yang aq sewa tu, RM100 lagi untuk saman polis..
Total semua RM2000.. Bayar la kami berlima sorang sikit, hehehe..
Tu la pengalaman paling pahit bagi aq kt Universiti selama setahun setengah di sana..
Bukan salah kita, tapi kita yang kena.. Rasa sangat teraniaya..
Pas je kejadian tu, aq x fobia langsung, ok je lagi sewa kereta, tapi bukan kat kedai tu, kedai lain plak, hahaha..
Pengajaran di sini ialah berhati-hatilah semasa memandu dan pastikan kereta anda di selenggara dengan baik sebelum memulakan pemanduan.
Mesej ini di sampaikan oleh saya sendiri.. hahaha..
Sekian.. =)

0 komen:

Post a Comment