Pages

6.12.10

Persahabatan Itu Indah

Assalamualaikum..
Kali ni aq nk cerita tntang nilai persahabatan..
Semua dr kita tntu ada shabat kn.. Pling x sorng.. jd la 2 dr x de lngsng kn.. Hehehe..
Dlm dunia ini kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri.. 
Tapi saat kita sendirian, kita b'untung sbb punya seorang sahabat yang memahami kita..
Mcm kita mengharapkan keiklasan dan kejujuran seorang sahabat, cmtu juga dia.. 
Tapi kita slalu lupa akan hal ni..
Kita cuma ambik kira tntng harapan & perasaan kita je..
Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya..
Kita x memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya..
Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan & membela diri..
Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana kita juga ada janji yg tidak ditepati..
Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita..
Waktu itu, kita fikir x perasaan dia???
Mcm kita, dia pun tau rasa kecewa.. Tpi kita slalu lupa..
Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami, yang selalu berada disisi pada waktu kita memerlukannya..
Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa & ketakutan..
Harapan dan impian juga kita luahkan..
Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah..
Tp kita lupa..
Pernah k kita bg dia peluang untuk ceritakan tntng rasa bimbangnya, rasa takutnya?
Pernah k kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita?
Ikhlas k kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?
Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya mcm dia meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah dlu?
Dpt k kita yakinkan dia yang kita boleh dipercayai?
Kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah?
Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan?
Sesekali jadilah sahabat yang mendengar dari yang hanya bercerita..
Ambik masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat sbb dia juga seorang manusia..
Dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa..
Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat sebagai kekuatan..
Jadilah kita sahabatnya itu..
Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan..
Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang dia ingin luahkan..
Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan..
Kita x tau kn..
Tapi klu kita cuba jadi sahabat sepertinya, mungkin kita akan tahu.. =)

0 komen:

Post a Comment