Pages

11.5.11

Cuaca Panas Ada Hikmahnya


Panas panas panas.. Ini yang sering disebut oleh orang di sekililing kita waktu ini. Memang terasa betul cuaca sekarangInilah yang dinamakan satu rahmat yang sangat berharga apabila hujan turun mencurah-curah di Malaysia ketika ini.  Satu kenikmatan yang tidak terkata atas rahmat yang diturunkanNya.
Kawasan di tempat saya sekarang mencatatkan suhu sekitar 32-34 darjah celcius. Panaskan? Inilah yang dinamakan global warming. Ya…Bumi sudah tua teruk. Siapa yang punya angkara? Kita sendiri bukan. Kurang kesedaran dalam pada masa yang sama pembangunan yang dijalankan tidak selari dengan pemeliharaan alam sekitar. Itu sebabnya sekarang ini, lepas satu-satu bencana alam yang berlaku di seluruh dunia. Dan yang terbaru, kejadian bencana Tsunami di Jepun.
Itu sebabnya, apabila diadakan program seperti Earth Hour, sama-samalah kita libatkan diri. Ya…kalau dilihat dengan tempoh masa hanya 1 jam, apalah sangat yang boleh dilakukan sepanjang program Earth Hour itu berlangsung. Tetapi, sekurang-kurang kita BERTINDAK daripada sekarang !!
Nasihat untuk saya sendiri dan juga kepada pembaca semua di saat cuaca hari ini:
  1. Minum air masak yang banyak. Elakkan diri daripada minuman berkafein atau beralkohol kerana boleh mengakinbatkan anda dehidrasi (kekurangan air yang melampau). Selain air mineral, teh herba atau pun jus boleh segarkan badan tubuh badan anda dalam keadaan cuaca panas di Malaysia hari ini.
  2. Rancangan kegiatan luar anda. Elakkan kegiatan luar yang berlebihan
  3. Kurangkan makanan yang berprotein tinggi kerana ia boleh meningkatkan suhu tubuh badan anda.
  4. Memakai pakaian yang berwarna cerah dan terang. Sekurang-kurangnya boleh mengurangkan kadar penyerapan cahaya matahari
  5. Ini pula melibatkan kanak-kanak. Jangan sesekali membiarkan anak-anak ditinggalkan secara bersendiran di dalam kenderaan walaupun untuk jangkamasa beberapa minit.

Cuti Semester

Salam semua.. Lama x update blog ni, masalahnya sebab dua perkara. Pertama sbb x ada cerita, Kedua sebab malas nak menaip. Memandangkan cuti semester telah bermula, apa lagi kan, KITA ENJOY, bak kata Nora Danish, haha.. Ok, sepanjang cuti panjang ni mcm2 aku dah plan nak buat, plan je dulu, buatnya x tau jadi ke tidak kan, hehe.. Pertama sekali perlu cari kerja part time, banyaknyala kerja kat KL ni sampai aku x tau nak pilih yang mana satu.


Pilihan pertamaku nak jadi office boy, sebabnya kan nak dekat bulan puasa nanti, kalau kerja office confirm balik sebelum jam 6 petang kan? Boleh la aku buat terawikh malamnya, nak jadi promoter pun boleh, tapi jangan haraplah dapat balik petang, lagi petang lagi la ramai orang yang datang kan. Kenapa x tutup je SOGO tu waktu malam, kan bagus, haha.. Hope boleh mula kerja secepatnya, tinggal nak pergi interview je ni, x sabar je rasa. Ok plan seterusnya akan diberitahu di lain slot ye.. haha..

Pape pun selamat bercuti kepada teman-teman yang sama bercuti. Pandai-pandai lah jaga diri korang ye, ingatlah mereka yang masih menyayangi anda, hehe.. 


Exam Week

Gila.. Memang gila exam week aku kali ni. Baru aku perasan susahnya ambik Degree ni kan, haha.. Dulu x pernah aku tension sebegini rupa, memang tension sangat aku sem ni. Da masuk sem 4, memang haru biru suasana belajar aku, rasanya kawan-kawan aku yang lain pun sama, assigment yang x pernah sangka akan diberi, akhirnya dapat juga, kena buat tesis sendiri dalam masa 2 bulan, gila ke apa? Tapi x pela, akhirnya aku telah siapkan dengan jayanya (tapi lecturer x cek lagi tu) haha.. 


Haraplah semuanya ok. Masa exam nasiblah aku ditemani rakan-rakan yang baik dan x lokek ilmu, terima kasih pada kalian semua, Mejump, Kak Nira, Zura, Che, Faisal dan Aim, korang memang terbaik. Rasanya kalau x study sama memang aku x boleh jawab paper final exam aku tu, tapi semuanya aku harungi dengan begitu bergaya, haha.. Harap sangatlah result kali ni aku dapat yang terbaik di kalangan yang terbaik. Aminnnnnnn..



1.2.11

Masa Comel-Comel Dulu


Yayy! Untung betul la kan kita lahir pada zaman 80an dengan awal 90an.
Dapat rasa main benda-benda yang budak-budak sekarang tak kan sentuh, hahaha..
Ingat masa sekolah rendah dulu, sibuk je nak main card la, penutup botol la, jutaria la, gasing la, layang-layang la, ehh macam-macam la.
Seronok betul masa tu kan?
Laman sosial ni mana wujud lagi dulu, kalau ada pun kita tak tau apa fungsinya.
Nak buka komputer kat rumah pun takut, kalau dapat main game FreeCell, Solitaire, Minesweeper tu pun memang da cukup bangga, hahaha..
Terbalik pulak dengan budak-budak zaman ni.
Kecik lagi dah ada akaun FB, handphone mahal dari kita pun ada.
Pelik betul. Bukan nak contact sape, kawan pun hari-hari da jumpa kat sekolah.
Kapel? weyhh.. korang kecik lagi kot, hehehe..
Tak pela, zaman dah berubah kan? Kalau baik, baik la jadinya.

Kesimpulannya, memang best zaman kanak-kanak dulu, kalau diberi peluang memang nak hidup balik ke zaman tu, hehehe..

Demam Korea


Saya minat Korea.. Anda bagaimana? hehehe..
Bukan tak sayang dengan Malaysia, tapi tak salah kalau kita minat pada negara lain kan?
Negara pilihan saya adalah Korea.
Kenapa Korea? Sebab saya minat sume tentang mereka.
Filem.. Drama.. Fesyen.. Lagu.. Paling penting artis mereka, comel sangat, hahaha..
Dulu impikan nak ke Jepun.. Tapi kalau diberi pilihan Jepun ke Korea?
Saya nak ke Korea dulu.. hehehe..
Emm.. Macam yang korang sume tau, kat TV pun da banyak cerita Korea dimainkan.
Lagu dorang pun memang banyak yang meletup. Tak yah kot nak tulis, korang pun da selalu dengar agaknya kan, hehehe..
Papepun muzik mereka memang da berkembang sekarang.. Layan-layan jugak, tapi jangan terlebih layan.. Bahaya.. Kan kan kan?
Ok la, tu je wat masa ni.. Salam.. =)

2011 Tanpa Cinta?


Boleh ke agaknya? Akan ku cuba sedaya mungkin.. hehehe..
Aku rasa tak de masalah pun kalau tak bercinta ni kan? Betul tak?
Kalau bercinta gaduh2 pun x de guna kan? Lagi-lagi kalau tengah study ni.
Memang tak best kalau besok nak exam malam ni pulak nak bergaduh.. Auwww~
Tak best tak best.. hahahaha..
So kesimpulannya baik "bachelor" wat masa ni kan.
Lagipun x de sape pun minat kat saya.. kan kan kan? hahaha..
Betul la kata junior saya, kenapa kita nak rindu @ sayang pada lelaki @ perempuan yang bukan suami @ isteri kita.
Da kahwin nanti nak bercinta puas-puas pun tak pe kan, hehehe..

Cintai lah Allah. Itu lebih bermakna. Insya Allah..

27.12.10

Penutup Tirai 2010


Wahh.. diam tak diam kita semua da nak melangkah ke tahun 2011 kan. HAPPY NEW YEAR!
Tinggal beberapa hari je lagi ni, sudah bersediakah anda? Boloskan saja dinding itu, hahaha.. Aku da mula mengarut..
Ok! Kembali ke tajuk asal, bila sebut je tentang tahun baru, sibuk la kita ni nak pasang azam kan?
Azam lepas-lepas da tertunai ke? hahaha.. Jangan risau k, boleh je nak bawa azam tu ke tahun yang baru ni kan, tak salah pun..
Tapi janganla pasang azam yang mengarut-mengarut ok. Kerja pun tak lagi da kemaruk nak pakai kereta kan? Kancil boleh la kot, hahaha..
My Azam untuk tahun 2011 ni, aku nak teruskan usaha aku sebagai seorang anak & pelajar..
Sebagai anak, aku nak jadi anak yang Soleh. Sebagai pelajar, aku nak dapat keputusan yang cemerlang dalam semua bidang, akademik terutamanya.
Aku mau jadi insan yang berjaya dunia & akhirat. Nak tambahkan amal ibadah, taknak da nakal-nakal lagi, da tua da kot, hahaha.. kalau kecik-kecik dulu mungkin boleh dimaafkan..
Tahun depan umurku 22tahun. Cantik nombor tu. Jadi aku taknak sia-siakan umur ku itu dengan perkara yang tak berfaedah.
Aku selalu berdoa semoga aku dijauhkan dari bala, kesusahan, maksiat & penyakit.. Aminnnn..
Tak lupa untuk si dia yang comel tu, aku janji nak jadi yang terbaik untuk dia mulai detik dan saat ni..
Tunggu dan lihat k.. =)

Budak Comel

 

Comel ke korang rasa dia ni? Kalau tanya aku, memang aku akan kata Y.E.S.. Bukan Year End Sell k! hahaha..
Dia paling bermakna dalam hidup aku sekarang, walau kenal tak lama, tapi dia sweet gila rasanya..
Da da da, jangan pandang gambar dia lama sangat, juling mata korang nanti, hahaha..
Aku suka pada perangai dia, suara dia, keterampilan dia, semuanya.. Nampak dia pandai dressup kan? Sama cam muka dia yang comel tu, hehehe..
Tak yah la aku cite panjang lebar tentang dia, korang bukan nak baca pun nanti kan, biar pendek tapi padat.. hahaha..
Emm.. dulu tu ada gak aku gaduh dengan dia, tapi tak dela sampai tumbuk tumbuk kan, hehehe.. Biasala, da namanya pun ehem ehem kan, batuk lak, hahaha..
Tapi semuanya punca dari aku.. "Aku masih belum matang!" =)
Pape pun, aku nak minta maaf kat dia tentang semua yang aku da wat kat dia lepas-lepas.. Kesian kat dia, selalu nangis sebab aku.. Yeke? hehehe..
Dia suka merajuk, tapi aku suka pujuk.. Dia susah dipujuk, tapi dia senang memaafkan.. Comel kan dia? Fullstop! hahaha..
Meh nak cerita sikit tentang dia, nama panjang dia Nur Shafiqah bt Mohd Kassim. Nama pendek dia Ieka, tapi dia kata Pykaa.. mana-mana jela kan, hehehe..
Dilahirkan pada 22 Julai 19XX.. Sibuk nak tau umur dia kan? Yang penting dia masih muda, hehehe..
Akaun "Muku Buku" rasanya dia tak ada kot, sebab banyak kali aku nak add dia, tapi tak pernah berjaya.
Kalau korang nak, pandai-pandai la cari sendiri ye.. hahaha..
Tempoh pengenalan kami kalau masuk hari ni da 4 bulan, 3 minggu dan 5hari.. Baru lagi kan?
Walaupun aku tau dia da lupa, tapi aku masih simpan lagi kenangan tu sampai detik ni.
Wahhh.. Next week da nak masuk tahun baru kan, dan cuti sekolah pun bakal berakhir.
Selamat Kembali Ke Sekolah nak ucap kat dia.. hahaha..
Jadi pasni kenala aku jadi "jam loceng" semula untuk dia, setelah sekian lama bercuti ni kan. Aku suka kerja ni, kejutkan dia untuk bangun pagi ke sekolah, hehehe..
Dan yang terakhir, nak pesan kat dia, belajar rajin-rajin ok! Dapatkan straight A's untuk exam anda tahun depan. Kalau tak dapat A semua pun takpe, janji atas 5 tau.. =)
Penutup dari kisah ni adalah, "Ieka.. awak paling comel dalam hati saya"..
Apa-apa yang salah tu, kita cuba betul kan semula k! Semua manusia pernah lakukan kesilapan, ryte?
Hope boleh kekal lama bersama dia sampai bebila.. Aminnnnn..

Ingatan: Tak boleh da off fon pasni.. ^^

Pilihan Hati

Susah betul berpacaran dengan awek yang kiut miut, cantik mantik ni kan?
Waktu berkapel macam-macam la dugaan.
Benda yang tak masuk akal pun pasti terjadi. Gaduh? Perkara biasa mungkin..
Laki bukan punya ramai yang nak kacau dia.
Bila da putus, mana ntah pergi semua laki-laki tu kan.. Pupus da ke? hahaha..
Geram pun ada, sabar Akmal sabar.. kawal emosi dulu, hehehe..
Bila nak marah, da namanya pun laman sosial kan. Faham-faham sendiri la kan.
Yang penting kena ada kepercayaan antara satu sama lain..
Kesefahaman yang jitu lagi kental perlu ada dalam diri.. hahaha.. (sumpah da tak nak guna ayat ni lagi)
Lagi-lagi la bila kapel jarak jauh ni kan.
Yang tak tahan memang kejap jela, eh eh eh.. tak sampai seminggu relationship da single? Kesian kan.. hahaha..
Pape pun kena cuba yang terbaik la pasni, kalau boleh da jumpa someone yang special tu, delete je trus akaun "Muka Buku" tu.. Kalau da putus nanti boleh buat yang baru kan.. hahaha..
Gila jahat ayat aku ni..
Bahaya bila da kapel ni punya laman sosial sendiri. Perasaan cemburu tu pasti wujud..
Pepatah "orang-orang yang kurang muda" ni, cemburu tandanya sayang.. Setuju tak? Hehehe..
Kesimpulan dari apa yang aku merepek kat atas ni adalah, semua manusia perlukan cinta sejati, jadi setia la pada sang pencinta ya!

23.12.10

Tiada Siapa

Bukan Diriku - Samsons

Setelah ku fahami
Ku bukan yang terbaik
Yang ada di hatimu
Tak dapat ku sanksikan
Ternyata dirinyalah
Yang mengerti kamu
Bukanlah diriku

Kini maafkanlah aku
Bila ku menjadi bisu
Kepada dirimu
Bukan santunku terbungkam
Hanya hatiku terbatas
Tuk mengerti kamu
Maafkanlah aku

reff:
Walau ku masih mencintaimu
Ku harus meninggalkanmu
Ku harus melupakanmu

Meski hatiku menyayangimu
Nurani membutuhkanmu
Ku harus merelakanmu

Dan hanyalah dirimu
Yang mampu memahamiku
Yang dapat mengerti aku
Ternyata dirinyalah
Yang sanggup menyanjungmu
Yang dapat menyantunmu
Bukanlah diriku

19.12.10

Si Dia

Assalamualaikum.. Selamat bertemu lagi di dalam laman ni.. hehehe..
Lama tak kongsi cerita kan, pagi minggu ni terbuka hati pula nak menulis..
Semalam aku kongsi masalah dengan teman baik ku, Mesya namanya..
Dia sangat memahami, baik orangnya, rasanya dia teman baik ku sampai akhir nanti.. Semoga dia happy dengan kekasih barunya tu.. Aminnnn.. hehehe..
Semalam tu aku tanyakan dia tentang wanita..
Apa yang aku tak tau, semua aku tanya kat dia, hehehe..
Apa ye soalan ku pada dia semalam, haaa.. camni kot soalan aku..
Mesya, camne ek nak bagi si dia terima kita semula?
Dia pun tnya balik, 1st dia ada bagi hint tak she's into u?
Apa benda tu? Aku tak tau, hahaha.. Pastu dia pun terangkan apa benda hint tu sebenarnya..

Hints tu macam she shows interest in ur life ask about ur day family friends and school, she knows exactly what makes u smile, she's sort of affectionate, attentive, and cares about ur needs, she calls or text u bcause she was thinking bout u, she talks with u bout things she doesn't talk bout with anybody else, she tells u how wonderful u make her feel, or maybe u just know it. Something inside of u just knows.

Wahhh.. dia memang doktor cinta, hehehe.. Pape pun thanks to Mesya sebab sudi dengar masalah ku semalam.. Kesimpulan nak bagi kat sini, sebenarnya hebat mana pun kita ni, kita tetap juga perlukan teman untuk selesaikan sesuatu masalah, walaupun bagi kita perkara tu mudah je nak selesaikan sebenarnya .. =)

16.12.10

Aku Ada Pasangan Hidup Sendiri

Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari....Mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....Mak
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....Emakku
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....Mak
Bila sambut Valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"
Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. Mak ingat kat aku
Bila-bila... aku akan telefon pasanganku
Entah bila... aku nak telefon Mak
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Emak

Renungkan: 
"Kalau kita sudah habis belajar dan berkerja...
Bolehkah kita kirim wang untuk Mak?
Mak bukan nak banyak...RM50 sebulan pun cukuplah".Berderai air mata jika kita mendengarnya.​.​.​

Tapi kalau Mak sudah tiada..........
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
Berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
Berapa ramai yang sanggup menggantikan lampin ibunya.....
Berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
Berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
Berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH untuk ibunya......

Dia Segalanya

"Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.

Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.
2) Tolong jaga adik : RM4.
3) Tolong buang sampah : RM1.
4) Tolong kemas bilik : RM2.
5) Tolong siram bunga : RM3.
6) Tolong sapu sampah : RM3.

Jumlah : RM17.

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu - PERCUMA

Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata,"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis 'Telah Dibayar' pada mukasurat yang sama ditulisnya.

13.12.10

Bukan Ibu

Arghhhh.. Naik bulu tengkuk aq subuh tadi.. (131210 jam 6am)
Nak tau tak kenapa? emmm...
Semalam aq keluar dengan MY BF.. Bad, Hamdi, dan Azmeer. Rancangan kami ke Uptown Danau Kota.
Kalau dari rumah tu memang dekat sangat, dalam 15min perjalanan je.
Kami bertolak dari Sentul around 1130pm, Bad yang drive malam tu.
Sebenarnya aq bukan nak cerita tentang ke uptown, tapi kisah sebelum aq ke sana.
Memang selalu aq nak keluar minta izin dari ibu abah.
Dan semalam sebelum keluar aq bagitau ibu yang aq nk gerak dulu.
Dan memang selalunya ibu akan perhatikan aq DARI ATAS masa nak ke mana-mana. Sebab rumah aq tu tinggi, 17 tingkat. Dan rumah ku di tingkat 15.
Semalam masa nak ke kereta, aq pandang ke atas, mana tau ibu wat macam biasa.
Aq memang betul nampak ibu perhatikan aq dari atas, aq pun terus melangkah masuk ke kereta Bad tanpa banyak fikir.
Tapi masa tu terfikir nak call Ibu, macam nak say something, tapi aq lupakan je.
Dipendekkan cerita, subuh tadi lepas solat subuh aq duduk di ruang tamu dengan ibu, tunjuk jam tangan dan beg yang sempat aq beli semalam kat uptown.
Aq macam biasa, tanya jela pada ibu..
Ibu ada tengok Mal ke semalam masa nak keluar rumah tu? (aq bahasakan diriku Mal di rumah)
Lantas ibu jawab, ehhh.. mana ada la, lepas je Mal salam ibu semalam, ibu terus tidur.
Haaaaaaaaaaaaa!!!!!????
Dalam hati ku bertanya.. Habis siapa semalam tu???
Terus naik bulu tengkuk aq.. emmm.. Seramnya aq.. Memang dari fizikal aq tau tu ibu, tapi betul ke tu ibu aq semalam??? Atau...............
Pastu ibu tanya, masa balik semalam tak rasa pape k?
Aq jawab takde pun, biasa je.. huhuhu.. Sekali lagi bulu roma aq naik..
Gila serammmmmmmmmmmmm!!!!
Da da da, aq tak nak banyak tanya, nak lupakan benda tu cepat-cepat dari ingatan.
Pesanan di sini aq nak bagi adalah, jangan sesekali pandang atas ye pasni.. -,-

Permudahkan Cintamu

Ramai BF kat luar tu yang pasang strategi nak pikat si gadis yang da lama jadi impian. Dah ready ke? Kenalah betul caranya kalau nak dia melekat dengan kamu.
Macam-macam perangai pelik lelaki bila nk ngorat  perempuan. Ada yang terlampau over, ada yang terlampau gabra sampai berpeluh, ada gak yang pendam perasaan sampai nak meletup!

1. Heloo bro.. jangan serius sangat ok? Dalam perbualan kena selitkan unsur humor. Percayalah setiap gadis amat senang bila lelaki tu pandai buat mereka ketawa.
2. Kalau la kamu ni pun bukan orang yang pandai melawak, cukup dengan bagi sepenuh perhatian padanya dan apa yang diperkatakan. Ingat, komunikasi sangat penting. Jangan sampai merapu.
3. Cara paling gentleman ialah luahkan melalui mulut sendiri. Katakan kamu benar-benar mengasihaninya seikhlas hati. Jangan terlalu malu @ terlalu gelojoh. Luahan hati kamu sendiri bukan je lebih romantik tapi  si dia pasti akan tertawan. Be her hero!
4. Jangan berlagak terlebih macho semata-mata untuk pikat si dia. Atau senang cerita, jangan jadi POYO!!! hahaha.. Be a gentleman ok!
5. Kalu kamu dan dah cuba banyak kali, apakata cuba cara lain. Kamu boleh menyanyi lagu romantik sambil bermain gitar. Pastu, burn dalam CD. Jemput si dia untuk kuar makan dan pasang CD tadi masa anda berdua dalam kereta. Jangan risaulah, kalau suara kamu tak sedap sekalipun, si gadis pasti terharu dengan pengorbanan kamu tu.
6. Kalau kamu berbakat melukis, hadiahkan dia gambar lukisan kamu berdua dan nyatakan perasaan kamu kepadanya.
7. Selalu kena rendah diri walaupun kamu dari keluarga yang kaya. Jangan sesekali cakap besar dan tunjuk ego. Perempuan rimas!!!
8. Cool je dan jangan panik walau si dia tolak cinta anda mentah-mentah. Jangan sesekali memaksa ok. Cuba tanya kenapa dia reject anda camtu sekali. Mungkin dia ada sebab yang munasabah dan kamu patut bagi dia masa. Go slowly with the flow.

Semoga korang berjaya.. hehehe.. 

Kisah Haiwan

Asyik serius je kan? Nak wat korang tergelak jap, hehehe..


Dialog Ayam & Lembu

Ayam: Manusia ni memang pentingkan diri sendiri!
Lembu: Kenapa ko cakap cam tu?
Ayam: Tengoklah, apa dorang buat kat aq!
Lembu: Hah? Buat apa pulak?
Ayam: Aq ni bertelur hari-hari. Aq cadang nak dapat anak 2,3 ekor. Ada gak waris bila aq takde nanti.
Tapi manusia ni memang tak berhati perut. Hari-hari dorang makan telur aq, macam mana nak dapat anak?
Lembu: Alahhh.. Ko punya masalah kecik je.
Ayam: Maksud ko?
Lembu: Cuba ko fikir nasib malang aq ni. Rasa nak bunuh diri pun ada. Bayangkan, hari-hari manusia minum susu aq tapi sorang pun tak pernah panggil aq MAK! Aq sedih.. huhuhu..
Ayam: Chett! Tak boleh pakai punya lembu.

 
Dialog Ayam & Kambing

Satu hari ayam beria-ia menghias dirinya dengan menyangkut manik pelbagai warna di setiap helaian bulunya.
Tajinya gak diasah sampai berkilau. Kemudian dia berjalan menuju ke kandang kambing.
Sampai je kat sana, ayam pun menyapa sahabat baiknya...

Ayam: Apa khabar Pak Janggut?
Kambing: Baik! Wah ayam, kau nak gi mana lawa-lawa ni? Nak masuk pertandingan ratu ayam ke?
Ayam: Hensem tak aq? Aq saja nak tengok reaksi ko jela.
Kambing: Aq cakap sikit ko jangan marah tau. Ko berhias camne pun, ko tetap gak jalan "kaki ayam"!
Ayam: Owh.. ko kutuk aq ye? Ko tu lagi teruk tau?
Kambing: Larh asal pulak?
Ayam: Yela, ko tu nampak je cam beriman, bela janggut panjang-panjang, tapi jalan nampak "telur".
Kambing: $#!@&

Flirting... Mesti Ada Caranya

Muka kamu blushing macam tomato bila si dia yang kamu puja berdekatan denganmu. Tapi sebenarnya kamu pun suka gak tapi malu-malu lagi. Jangan takut! Cuba langkah kat bawah ni, hehehe..

Sentuhan Kecil
Flirting bermakna segala perilaku yang membuatkan si dia tau yang kamu meminatinya. jadi, guna je Body Language & Eye Contact untuk curi perhatiannya.
Buat lawak yang mampu buat si dia ketawa dan pastinya dia akan "cair". Harap lepas ni korang termasuk dalam kategori "potential GFnya".

Forget Hard To Get
Dia janji nak call tapi akhirnya senyap je. Maknanya, he plays hard to get! Kalau dia jual mahal, lupakan je. Jangan buang masa kamu lagi.
Hati pun tak sakit dan buat plan baru. Baru dia tau betapa berharganya masa kamu tu.

Break The Ice
Selalunya lelaki yg susah kamu nak flirt adalah satu-satunya yang dah curi perhatianmu dari jauh sedangkan realitinya kamu tak pernah pun berjumpa.
Jangan takut nak mulakan komunikasi terlebih dahulu (lelaki suka perempuan yang mulakan dulu). Mulakan perbualan dengan bertanya, "Saya selalu nampak kamu, apa nama kamu ye?"
Takpun "Saya suka baju awak pakai, dah lama cari untuk bagi kat adik lelaki saya, beli kat mana ek?"
Simple kan? Kalau kamu berdua memang ada Chemistry, perbualan pastinya will naturally start to flow.

Pandang Tepat Padanya
Wow! Hensemnya dia.. tapi siapa ya? Haa, kalau kamu tertarik dengan si dia kat majlis hari jadi kawan kamu tu, ushar je terus pada dia dan wujudkan Eye Contact.
Da tentu akan dapat perhatian dari si dia nanti. Kalau dia gak sukakan kamu, dia akan datang dekat dengan kamu punya. Kalau tak pun dia akan anggap kamu ni That Crazy Staring Girl!
Jadi camne? Ada bran?

Berfikiran Positif
Ni yang perlu sebenarnya. Takde sikap no, habisla! Tak kira la camne pun dia, percayala. Something as simple as flashing a big smile dah cukup buat lelaki tertawan.
Sebab semua orang suka untuk bersama orang yang mampu ceriakan hidup mereka.

Confidence Is Key
Bukan nak suruh gaduh 24jam, tapi tak semestinya kamu harus katakan YES pada apa yang dia kata. Kalau kamu rasa ia salah, let it out!
Dari asyik kata YES je, lagila kamu dianggap membosankan nanti. Jadi, jangan takut nak cakap NO, No, No. Pasti si dia akan lebih rasa sensasi & enjoy dengan cara kamu.

Apa Khabar Nenek?

Jom gelak sikit.. Semoga korang semua terhibur ok.. =)

Kisah Tiga Nenek

Ada 3 orang nenek duduk bersembang dalam satu bilik.
Nenek 1: Aq kalau simpan barang kat satu tempat, mesti lepas tu da tak ingat mana aq letak. Isyhh.. nyanyuk betul aq ni.
Nenek 2: Itu ok lagi, ko tengok.. aq ni lagi la teruk. Kalau aq naik tangga lepas tu letih, aq berhenti duduk jap. Lepas tu aq tak ingat yang aq naik tangga ke turun tangga. Memang haru.
Nenek 3: Apalah korang ni, muda lagi daripada aq da nyanyuk. Tengok macam aq ni steady lagi. Dia tergelak-gelak sambil menepuk meja berkali-kali.
Dan nenek ketiga pun tiba-tiba senyap lalu berkata, "Isyhh,senyaplah! Siapa pulak yang ketuk meja tu...???"
Nenek 1 dan 2 pun menggeleng kepala...!!!


Alahai Nenek
Nenek Seman dirawat di sebuah hospital. Menurut doktor, penyakit asmanya sudah kritikal hinggakan terpaksa dipasangkan oksigen.
Dah 2 hari  dia tak sedarkan diri. Satu hari sewaktu nazak, Seman memanggil seorang ustaz untuk bacakan Yassin dan doa.
Sedang ustaz asyik membaca doa tiba-tiba nenek Seman termengah-mengah macam sukar bernafas.
Dengan menggunakan bahasa isyarat nenek Seman minta diambilkan kertas dan pen. Dengan sisa-sisa nyawa yang ada, nenek Seman menulis sesuatu lalu diserahkan pada ustaz yang duduk di sebelahnya.
Ustaz menyambung doanya dan surat tu terus dimasukkan dalam poketnya. kerana fikirnya apa yang ditulis oleh nenek Seman tu hanya satu wasiat yang harus dibaca kelak.
Tidak lama lepas tu nenek Seman pun menunggal dunia. Pada hari berikutnya ustaz datang ke rumah Seman lalu menceritakan pasal surat yang ditulis arwah neneknya.
Setelah seluruh keluarga datang berkumpul, dengan bangga dan konfiden ustaz tadi mengeluarkan surat tersebut lalu membacanya.
"Saudara saudari sekalian ni ada satu surat wasiat yang ditulis oleh arwah sebelum dia menghembuskan nafasnya yang terakhir semalam".
Jadi, marilah kita sama-sama baca surat ni.
Dengan muka bangga, ustaz tadi pun baca surat tu dengan kuat dan lantang.
"Seman, jangan berdiri kat situ! Ko dah pijak saluran oksigen aq!"

Kenali Bahasa Tubuh Lelaki

Kali ni nak cerita tentang Sang Lelaki, hehehe.. Perhatian pada kaum wanita, ambil perhatian tentang ni kalau anda semua dalam Alam Percintaan ye.. =)

Kalau lelaki mengatakan "I Like You" - maknanya kamu sekadar kawan biasa.
 
Kalau si dia mula berkata "I Love You", "I Have Feeling With You" - kemungkinan besar dia memang dah terjerat dengan cintamu itu dan memang cintakan kamu sepenuh hatinya.
 
Kalau dia da mula nak sentuh-sentuh rambut kamu, genggam-genggam tangan kamu - Itu maknanya si dia berhasrat nak KISS kamu. Nakal kn? hmmm.. Jadi, hati-hati sikit ya! Kalau dia da mula lebih-lebih, belasah je!
 
Kalau secara tetiba dia nak keluar, dia bagitau korang - dia dah mula menaruh hati padamu tapi tak tau macam mana nak terangkan. Jadi, layan jela kalau kamu pun ada rasa yang sama terhadap si dia.
 
Kalau si dia ajak keluar - jangan kata YES kalau kamu sebenarnya tak nak pun keluar dengan dia, sebab ni akan menghancurkan lagi hatinnya akan datang. Ingat tu!

11.12.10

Kini Masuk Musim Cinta


Assalamualaikum pembuka bicara..
Kali ni aq nak cerita tentang Musim Cinta.. Agak-agak menarik tak? Baca dulu ye.. hehehe..
Pertama sekali, mungkin korang pernah mengalami atau melihat pasangan korang mengalami hal-hal seperti berikut:
1. Kita rasa sangat mencintai pasangan kita, bila kita bangun di pagi hari, terganggu olehnya dan kemudian merasa marah padanya.
2. Kita mencintai, sabar, dan menerima, dan hari berikutnya kita merasa tak puas hati.
3. Kita tak dapat bayangkan tak mencintai pasangan kita, pada hari berikutnya kita bertengkar dan kemudian berfikir untuk berpisah.
4. Pasangan kita melakukan sesuatu untuk menyatakan cintanya, tiba-tiba je kita marah sebab dia pernah tak peduli kat kita di masa lampau.
5. Kita begitu tertarik pada pasangan kita, dan tiba-tiba kita merasa mati rasa di hadapannya.
6. Kita bahagia bersama pasangan kita, tapi tiba-tiba rasa tak selamat dengan hubungan itu @ tak berdaya untuk dapatkan apa yang kita perlukan.
7. Kita merasa yakin dan pasti bahawa pasangan kita mencintai kita, tiba-tiba kita merasa putus asa dan sengsara.
8. Kita banyak menunjukkan cinta kita, dan tiba-tiba kita menarik diri, menghukum, mengecam, marah, atau rasa nak menguasai.
9. Kita tertarik pada pasangan kita, tapi masa dia cukup sedia nak ikat kita, kita tak tertarik lagi atau merasa orang lain lebih menarik.
10. Kita selesa dengan keadaan dan kehidupan kita sendiri, tapi tiba-tiba kita rasa ditinggalkan dan tak layak.
11. Kita menikmati hari-hari yang menyenangkan dan sangat ingin bertemu pasangan, tapi bila kita bertemu dengannya, sesuatu yang dikatakannya membuat kita kecewa, murung, bosan, atau menjauh secara tiba-tiba.

Tunggu japppppp....
Jangan cpt sgt wat kesimpulan  bahawa itu adalah tanda-tanda cinta kita sudah hilang dan saatnya mengakhiri hubungan sebab itu semuanya salah.
Jelas dalam hubungan itu ada yang namanya Musim-Musim Cinta.
Hubungan itu boleh disamakan dengan taman, bila diharapkan tumbuh subur, perlu dibaja & disiram, rumput liarnya dicantas, dan diberikan perhatian rapi, kena jaga dengan mengira musim-musim dan cuaca-cuaca yang akan dialaminya.
Macam tu juga untuk menjaga CINTA, kita harus faham musim-musim untuk memenuhi keperluannya.


Berikut merupakan Musim Cinta. Baca betul-betul k, hehehe..

Musim Bunga Cinta
Saat jatuh cinta adalah sama macam Musim Bunga, kita berfikir akan bahagia untuk selamanya, kita tak boleh bayangkan untuk tak mencintainya.
Ini adalah saat-saat yang penuh keajaiban, semuanya nampak indah, sempurna dan berjaya tanpa usaha dan kita macam boleh lalui segalanya dengan mudah.

Musim Panas Cinta
Ini adalah saat kita menghadapi hal yang sangat berbeza dengan gambaran kita tentang cinta.
Saat dimana kita menyedari bahawa pasangan kita tak sesempurna yang kita duga dulu, dan kita juga harus menjaga hubungan kita.
Kekecewaan dan perasaan putus asa pasti muncul.
Taman kering perlukan lebih banyak air di bawah teriknya matahari, rumput-rumput liar perlu dicabut.
Susah nak bagi dan mendapatkan cinta yang kita perlukan dan ternyata kita tak sentiasa merasa bahagia dan merasa dicintai.
Tika ini, sebahagian pasangan merasa kecewa dan tak mau menjaga hubungan tu lagi, secara tak realistik dorang harapkan hubungan macam Musim Bunga dulu.
Mereka mula menyalahkan pasangan dan menyerah kalah tanpa dorang sedar yang cinta perlukan kerja keras di bawah teriknya matahari.
Musim ni gak, kita kena penuhi keperluan pasangan kita dan mendapatkan cinta yang kita perlukan dan kita tak boleh harapkan ini berlaku secara automatik, tapi kita kena kerja keras.

Musim Luruh Cinta
Bila da kerja keras masa Musim Panas, kita akan menuai hasilnya di musim gugur. Di mana musim ni kita akan puas menikmati saat-saat emas.
Saat cinta menjadi lebih matang dan penuh penerimaan terhadap kekurangan pasangan kita ataupun diri kita sendiri.
Saat ni adalah saat saling berterima kasih dan berkongsi rasa, dan saat berehat untuk menikmati cinta yang kita ciptakan pada Musim Panas.

Musim Sejuk Cinta
Ini adalah saat-saat beku dan penuh kehampaanm, huhuhu..
Saat-saat menarik diri di mana saatnya untuk melihat lebih dalam kepada diri kita sendiri, dan bukan pada pasangan kita.
Waktu ni mungkin akan muncul kepedihan atau bayangan diri kita dan perasaan-perasaan atau trauma yang belum diselesaikan di masa lalu.
Masa-masa menyendiri dalam suasana gelap. Kalau masa ni boleh kita lalui, maka kita akan punya harapan, cinta, dan melimpahnya berbagai kemungkinan.
Saat kita boleh menyembuhkan semua luka selama perjalanan musim sejuk, kita akan sanggup membuka hati dan merasakan kembali indahnya Musim Bunga.

Hubungan yang berjaya
Bila kita rasa yakin nak bercinta, kita akan rasa ada alasan untuk merasa penuh harapan dan kita akan berjaya menembusi musim-musim cinta.
Ingat tau sebenarnya cinta ni ada sifat bermusim.
Pada Musim Bunga cinta terasa mudah.
Pada Musim Panas sangat perlukan kerja keras.
Pada Musim Gugur kita boleh merasa puas.
Tapi bila Musim Sejuk, kita mungkin merasa hampa.
Situasi yang sukar boleh buat kita lupa segala maklumat tentang bagaimana menghadapinya, dan secara emosional akan easa putus asa.
Tapi yang penting, jangan menyerah dan terus berusaha ok..
Ganbate Kudasai!!! =)